Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, empat cedera dalam kebakaran di dewan permainan

    YEONGAM, 1 SEPT – Seorang terbunuh dan empat lagi cedera dalam insiden kebakaran yang disyaki sengaja dilakukan di sebuah dewan permainan di daerah Yeongam di barat daya Korea Selatan, menurut pihak polis dan bomba, lapor Yonhap.

    Kebakaran itu berjaya dipadamkan 20 minit selepas laporan dibuat pada 1:29 tengah hari tetapi seorang warga negara China ditemukan maut. Seorang daripada empat pekerja dan pengunjung yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

    Siasatan awal menunjukkan warga negara China itu didakwa memulakan kebakaran dan keadaan menjadi lebih buruk apabila suspek mengunci pintu masuk.

    Polis sedang menyiasat kes itu, termasuk motif suspek memulakan kebakaran dan sama ada dewan permainan itu terlibat dalam aktiviti haram seperti pertukaran wang permainan. – Bernama

    Gambar Yonhap
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda