Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut, enam cedera dalam kebakaran kilang

    TEHRAN, 16 OKT – Seorang maut manakala enam lainnya cedera dalam kebakaran besar di sebuah kilang penapisan di wilayah Khuzestan, barat daya Iran semalam, lapor AFP, memetik agensi berita separa rasmi Tasnim.

    Antara yang cedera, dua mengalami melecur melebihi 80 peratus, menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran.

    Kebakaran bermula akibat perlanggaran sebuah lori tangki dengan tangki petrol di kilang penapisan Pars Petro di Shushtar County, lapor Tasnim, memetik Gabenor daerah itu Seyyed Mohsen Seyyed Mousavi.

    Sejurus selepas kebakaran itu dilaporkan, anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran kemudian dibendung, namun pihak bomba masih dalam keadaan berjaga-jaga, kata gabenor.

    “Kegagalan untuk mematuhi langkah keselamatan semasa mengisi bahan api menjadi punca kebakaran,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Krisis Khuzestan, Ali Abdollahi. – Bernama/AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda