Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Seorang terbunuh, gempa 6.6 magnitud gegar timur Indonesia

    JAKARTA, 22 NOV – Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan wilayah timur Indonesia, Maluku Utara hari ini, menyebabkan seorang maut, kata pegawai bencana tempatan.

    Gegaran itu, yang paling teruk melanda pada III hingga IV MMI (Modified Mercalli Intensity) di bandar Ternate, menyebabkan sebuah menara telekomunikasi runtuh dan seorang pekerja maut, kata Fehby Alting, ketua agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah.

    Gempa bumi berlaku ketika seorang pekerja sedang bekerja merobohkan menara kendalian Telkomsel yang telah tamat hayat, di mana menara itu runtuh dan membunuh pekerja tersebut, kata Alting kepada Xinhua melalui telefon.

    Pegawai itu menambah bahawa bangunan-bangunan atau rumah lain di bandar dan bahagian lain di wilayah berkenaan tidak rosak, manakala penilaian risiko kesan gegaran
    masih belum selesai.

    Gempa bumi berlaku pada 9:48 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak di 68 kilometer (km) barat laut daerah Halmahera Barat (Halmaera Barat) dan pada kedalaman 109km di bawah dasar laut, kata agensi meteorologi dan geofizik negara itu.

    Gempa bumi turut dirasai di daerah Halmahera Barat dan Halmahera Utara wilayah Maluku Utara, serta bandar Manado, bandar Bitung, daerah Minahasa dan daerah Sitaro di wilayah Sulawesi Utara, kata agensi itu.

    Pegawai agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gegaran itu tidak akan mencetuskan ombak gergasi. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...