Sunday, April 14, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara dakwa berjaya lancar satelit pengintip ke orbit

    PYONGYANG, 22 NOV – Korea Utara mendakwa berjaya menempatkan satelit pengintip pertamanya ke orbit kelmarin selepas beberapa percubaan gagal, kata agensi angkasa lepasnya.

    Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Nasional Korea Utara berkata, satelit Malligyong-1 dilancarkan dari kemudahan pelancaran satelit Sohae pada 10:42 malam dan memasuki orbit pada pukul 10:54 malam, lapor agensi Anadolu memetik agensi berita KCNA.

    Kim Jong-un secara peribadi menyelia pelancaran satelit pengintip itu kelmarin.

    Pelancaran itu dibuat selepas lawatan rasmi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un ke Rusia pada September yang menyaksikan hubungan antara kedua-dua negara diperingkatkan, termasuk dalam sektor pertahanan.

    Sebanyak dua pelancaran satelit Korea Utara pada Mei dan Ogos lepas menemui kegagalan.

    Sebelum pelancaran, tentera Korea Selatan mengesan roket yang membawa satelit itu ke angkasa dan Pengawal Pantai Jepun memberi amaran kepada kapal-kapal di rantau itu mengenai bahagian roket yang berpotensi jatuh.

    Pelancaran satelit Pyongyang itu kemudian mencetuskan kecaman dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkan langkah berkenaan mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Bernama

    Korea Utara menunjukkan pelancaran Malligyong-1, satelit pengintip tentera ke orbit pada 21 November.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...