MADRID, 3 Nov – Sebahagian besar kerajaan Catalonia yang disingkirkan kini berada dalam penjara pada awal hari ini selepas seorang hakim Sepanyol mengarahkan penahanan lapan menteri sementara menunggu siasatan dalam peranan mereka dalam kempen kemerdekaan serantau, sekali gus mencetuskan bantahan baru.
Carles Puigdemont, dipecat sebagai presiden Catalonia minggu lalu oleh kerajaan Sepanyol, kemungkinan besar dikenakan waran tangkapan Eropah setelah gagal hadir pada perbicaraan mahkamah di Madrid.
Hakim Carmen Lamela, semalam mengarahkan untuk penahanan penolong Puigdemont dan tujuh orang menteri serantau lain sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan hasutan, pemberontakan dan salah guna wang awam, sekali gus akan mengeluarkan waran untuk Puigdemont pada hari ini,” beritahu sumber kehakiman di Madrid kepada AFP.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P16-B_041117.jpg)
Terdapat bantahan di depan parlimen Catalonia di Barcelona, ibu negeri serantau, dengan polis menganggarkan 20,000 orang. Yang lainnya berkumpul di luar dewan perbandaran di seluruh rantau termasuk 8,000 orang di Girona dan Tarragona.
“Komuniti antarabangsa, dan terutamanya komuniti Eropah, mesti menyedari risiko yang timbul daripada sikap berkenaan,” kata beliau. Menteri kesembilan, yang meletak jawatan pada Jumaat lalu, juga direman dalam tahanan tetapi akan dibebaskan sekiranya beliau membayar ikat jamin sebanyak 50,000 euro. – AFP