Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sertai kempen derma darah, bantu mereka memerlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen Derma Darah di tiga buah lokasi terpilih pada 8, 10 dan 11 Julai ini.

    Kempen bermula di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada sebelah malam bermula pukul 8 hingga 9:30 malam anjuran pusat berkenaan.

    Sementara itu pada 10 Julai, kempen anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei akan diadakan di Dewan Retak Pusat Belia Bangar, Daerah Temburong dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Manakala itu, pada 11 Julai nanti, The Art of Living Panaga Club akan mengadakan kempen seumpamanya di FunctionHall, Panaga Club bermula 8:30 pagi hingga 12 tengah hari.

    Bagaimanapun, Pusat Pendermaan Darah di Hospital RIPAS dan tabung-tabung darah di ke semua hospital daerah masih beroperasi seperti biasa dan waktu pendaftaran adalah dari pukul 8:15 hingga 11:45 pagi dan disambung pada sebelah petang pada pukul 1:30 hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Sehubungan itu, orang ramai dibolehkan untuk menggunakan tempat letak kereta berbayar di Blok 10, Hospital RIPAS secara percuma selama dua jam dan diingatkan untuk membawa tiket letak kereta semasa menderma darah.

    Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan bagi mengadakan kempen derma darah, sila hubu-ngi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 atau 6002 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti laman sosial media Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook [@bloodbank.ripas].

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda