Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Seru penduduk kampung mengundi

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Birau dan Kebia dengan kaedah kertas undi akan diadakan pada 29 Oktober depan di Dewan Sekolah Rendah Birau, Mukim Kiudang.

    Sementara, Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok dengan kaedah kertas undi akan diadakan pada 5 November 2023 di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Mukim Keriam.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri semasa sidang media di Tingkat 4, Kawasan Lobi berhadapanan Bilik Pegawai Daerah Tutong, hari ini.

    Beliau menjelaskan bahawa bagi Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Birau dan Kebia, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih E-Undi PMKK, ia akan dibuka selama tiga hari bermula 27 Oktober ini. Proses pendaftaran bagi undian melalui aplikasi E-Undi PMKK bolehlah dibuat sehingga 8 pagi 26 Oktober.

    Calon tunggal bagi Ketua Kampung Birau dan Kebia ialah Awang Masburah bin Haji Suhaile.
    Manakala itu, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih E-Undi PMKK bagi Calon Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok juga akan dijalankan selama tiga hari bermula pada 3 November dengan proses pendaftaran bolehlah dibuat mulai sekarang hingga 2 November.

    Awang Mohammad Sofian semasa bercakap pada sidang media berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    Calon tunggal bagi majlis pengundian berkenaan ialah Awang Masburah bin Haji Suhaile.

    Oleh yang demikian, Jabatan Daerah Tutong menyeru semua warganegara dan penduduk tetap yang tinggal dan bermastautin di Kampung Birau dan Kebia, Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok dan berumur 18 tahun ke atas untuk sama-sama hadir mengundi di majlis pengundian dan pemilihan calon ketua-ketua kampung mengikut tadahan masing-masing pada tarikh dan masa, tempat yang dinyatakan tadi.

    Mengikut maklumat yang ada di jabatan berkenaan, status pendaftaran pengundi secara kertas undi dan dalam (Mobile Apps dan E-Undi PMKK) bilangan di Kampung Birau dan Kebia adalah seramai 352 orang, dan Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok seramai 113 orang

    Manakala bagi status daftar penduduk yang layak mengundi (18 tahun dan ke atas) bagi Kampung Birau dan Kebia adalah seramai 999 orang dan Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok seramai 1,223 orang.

    Awang Mohammad Sofian berharap agar penduduk di Daerah Tutong sama-sama memainkan peranan hadir membuat undi sama ada setuju atau sebaliknya pada tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk memastikan calon-calon yang terpilih nanti adalah calon yang benar-benar boleh memimpin menerajui mukim dan kampung didiami.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...