Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    MoU perkukuh kerjasama keselamatan siber

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan ASEAN dan Jepun, National Center of Incident Readiness and Strategy for Cybersecurity (NISC) Jepun telah menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa mengenai Komuniti Keselamatan Siber ASEAN-Jepun (IC-AJCC) yang telah bermula dari 5 hingga 6 Oktober 2023 di Meiji Kinenkan, Tokyo, Jepun.

    Persidangan itu telah dihadiri oleh profesional keselamatan siber dan pakar dari ASEAN dan Jepun termasuk pegawai kerajaan, penggubal dasar, penyelidik dan ahli akademik.

    Peserta juga termasuk wakil daripada industri, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi antarabangsa yang berminat bekerjasama dalam isu keselamatan siber.

    Sementara itu, Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Pesuruhjaya Interim Keselamatan Siber Brunei, Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis dan Ketua Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT), Haji Mas Zuraime bin Haji Abdul Hamid.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Cyber Security Brunei (SCB) hari ini, antara lain mengongsikan persidangan itu bertujuan menjalin perikatan yang teguh antara komuniti keselamatan siber negara ahli ASEAN (AMS) dan Jepun.

    Gambar ramai peserta yang hadir pada persidangan yang diadakan di Meiji Kinenkan, Tokyo, Jepun baru-baru ini. – Gambar serahan CSB

    Majlis tersebut turut menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara sembilan pertubuhan ASEAN dan Jepun.

    MoU itu antara lain bertujuan untuk memudahkan pertukaran maklumat mengenai ancaman keselamatan siber, insiden dan penyelesaiannya di setiap negara, selain mempromosi kerjasama dalam kalangan ahli organisasi untuk kesedaran keselamatan dan pembinaan kapasiti.

    Penandatanganan MoU bagi Persatuan Keselamatan Siber Brunei (BCSA) telah diwakili oleh Presiden BCSA, Awang Mohamad Azad Zaki bin Haji Mohd Tahir.

    Turut menandatangani MoU itu, Pusat Perkongsian dan Analisis Maklumat Kemboja (ISAC-Cambodia), Indonesia Network Security Association (idNSA), Japan Network Security Association (JNSA), Malaysia CyberSecurity Community (rawSEC), Philippine Computer Emergency Response Team (PHCERT), Association of Information Security Professionals Singapore (AiSP), Thailand Information Security Association (TISA), dan Vietnam Information Security Association (VNISA).

    Majlis penghargaan juga diadakan bagi menghormati individu yang telah berjasa dalam bidang keselamatan siber di ASEAN-Jepun di mana anugerah merit daripada kerajaan Jepun telah diberikan kepada empat penyumbang terkenal ASEAN-Jepun dalam kerjasama aktiviti. Salah seorang penerima ialah Haji Mas Zuraime Haji Abdul Hamid.

    Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil bahagian dalam pameran IC-AJCC, dengan ITPSS Sdn Bhd di mana pameran produk berjaya memenangi anugerah iDentiti, penyelesaian identiti digital yang dikuasakan oleh blokchain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...