Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Sesi muzakarah MMN dekati perkembangan KKBS

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TEMBURONG, 29 JAN – Rombongan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), hari ini, telah mengadakan sesi muzakarah bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), perbincangan dua hala yang berguna dan produktif bagi semua pihak.

    Sesi muzakarah berlangsung di Kem Latihan, Program Khidmat Bakti Negara
    (PKBN), Batu Apoi di mana mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli MMN ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Hajah Nor Ashikin bin Haji Johari; Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Haji Zakaria bin Haji Serudin; Timbalan Setiausaha Tetap
    (Kebudayaan), Dr Siti Norkhalbi bin Haji Wahsalfelah serta ketua-ketua bahagian dan jabatan di bawah KKBS.

    Antara objektif utama sesi berkenaan adalah untuk mencapai matlamat kementerian menuju kecemerlangan di samping berperanan sebagai wadah bagi kedua-dua pihak untuk bercambah fikiran ke arah memberikan nilai tambah dan kemanfaatan bersama.

    Sebelum sesi muzakarah dimulakan, rombongan MMN dibawa ke Padang Kawad, Kem Latihan PKBN untuk menyaksikan latihan kawad serta persembahan daripada pelatih-pelatih PKBN ke-12.

    Seterusnya rombongan dibawa ke dewan serba guna untuk menyaksikan Pameran
    Reruai Perkhidmatan KKBS yang bertujuan bagi memberikan peluang kepada rombongan MMN untuk mengetahui lebih dekat dan bertanya secara langsung mengenai perkhidmatan, fungsi dan peranan setiap sektor di bawah kementerian iaitu kemasyarakatan, kebeliaan, kebudayaan dan kesukanan (4K).

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan ucapan semasa sesi muzakarah di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KKBS
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama rombongan MMN. – GAMBAR SERAHAN KKBS
    Rombongan MMN menyaksikan Pameran Reruai Perkhidmatan KKBS di dewan serba guna kem latihan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KKBS

    Selesai menyaksikan pameran, rombongan dibawa ke Dewan Kuliah bagi memulakan sesi muzakarah di mana taklimat mengenai pencapaian KKBS bagi Tahun Kewangan 2022/2023 disampaikan oleh Pengiran Haji Mohd Hasnan.

    KKBS mengalu-alukan hubungan kerjasama rapat daripada semua pihak melalui pendekatan senegara.

    Dalam pada itu, KKBS amat menghargai usaha ahli-ahli MMN selaku pemimpin akar umbi, suara dan telinga rakyat untuk sama-sama turun padang dalam memberikan impak dan sumbangan menerajui beberapa inisiatif yang mendukung usaha kementerian berkenaan.

    Sesi muzakarah antara lain memaklumkan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh KKBS mengenai Pelan Strategik 2020-2024.

    Ia juga merupakan satu wadah bagi kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran di samping dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama ke arah mendukung dan merealisasikan visi kementerian, Bangsa Brunei Cemerlang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...