Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Taklimat kongsi pengalaman kerjaya pendakwa syarie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Taklimat Kerjaya sebagai Pendakwa Syarie.

    Program itu merupakan kolaborasi buat julung kalinya melibatkan OCeAN dan Bahagian Pendakwaan Syarie, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Seramai 58 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA, Gadong.

    Taklimat kerjaya itu dimulakan dengan penyampaian taklimat pertama oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Awang Nizam Sumurdani bin Haji Abdul Talib yang mengongsikan pengalaman dan aktiviti para pendakwa syarie. Manakala taklimat kedua disampaikan oleh Pendakwa, Hajah Fatimah binti Haji Ahmad. Beliau menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu ada untuk menjadi seorang pendakwa syarie.

    Sesi kedua diisikan dengan memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk mengajukan soalan selain mengadakan kuiz menguji fahaman para peserta secara dalam talian.

    Para peserta mengongsikan rasa puas hati dan respons yang positif dalam maklum balas yang diterima serta mencadangkan lebih banyak program dan aktiviti pembangunan kerjaya bagi dilaksanakan pada masa akan datang.

    Antara tujuan taklimat itu diadakan adalah untuk menambah pengetahuan para peserta mengenai peranan dan tanggungjawab seorang pendakwa syarie, khususnya di Negara Brunei Darussalam.

    Taklimat kerjaya itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para alumni dan mahasiswa serta mahasiswi UNISSA bagi memahami kepentingan dalam menegakkan undang-undang syariah di Negara Brunei Darussalam.

    Gambar ramai pelajar UNISSA bersama pendakwa dan timbalan pendakwa syarie. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...