Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Set hidangan menarik sempena TBC

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak akan lengkap tanpa Yee Sang, sehubungan itu, Restoran Makanan Laut Pondok Sari Wangi turut menyediakan set Yee Sang sempena perayaan tahun ini yang bakal menjelang.

    Set berkenaan ditambah dengan hidangan baharu termasuk Ikan Kerapu Stim dengan Sos Soya.

    Set berkenaan dipenuhi dengan sayur-sayuran yang dipotong halus, wantan rangup, jeruk halia dan pilihan kerang mentah.

    Di samping itu, restoran berkenaan menyediakan beberapa menu ala Jepun yang ditawarkan bermula minggu ini hingga awal bulan depan.

    Pengurus restoran, Ridwan Horas menjelaskan, sambutan TBC ini pastinya akan memberi kenangan terindah bagi yang menikmati set hidangan berkenaan. Set hidangan berkenaan ditawarkan untuk enam orang bagi setiap meja dan set menu B pula untuk 10 orang.

    Dalam pada itu, restoran tersebut turut menawarkan promosi mingguan bagi pemegang kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang akan mendapat diskaun.

    Restoran Makanan Laut Pondok Sari Wangi menyediakan set Yee Sang sempena TBC. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda