Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Set hidangan menarik sempena TBC

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak akan lengkap tanpa Yee Sang, sehubungan itu, Restoran Makanan Laut Pondok Sari Wangi bakal menyediakan set hidangan berkenaan sempena perayaan tahun ini yang bakal
    menjelang.

    Para pengamal media tempatan hari ini berpeluang menikmati set hidangan berkenaan semasa majlis makan tengah hari khas bagi media tempatan yang berlangsung di cawangan Jerudong.

    Set berkenaan ditambah dengan hidangan baharu termasuk Ikan Red Eye Stim dengan sos
    soya.

    Di samping itu, restoran berkenaan menyediakan beberapa menu baharu untuk sambutan TBC yang ditawarkan bermula minggu ini hingga awal bulan depan.

    Pengurus restoran, Ridwan Horas menjelaskan, sambutan TBC kali ini pastinya akan memberikan kenangan terindah bagi yang menikmati set hidangan berkenaan.
    Beliau berkata, majlis makan tengah hari berkenaan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada selama ini.

    Restoran Makanan Laut Pondok Sari Wangi menyediakan set Yee Sang baharu sempena TBC. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Hidangan baharu iaitu Ikan Red Eye Stim dengan sos soya. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...