Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Setem sempena HK 40 dikeluarkan hari ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Para penggemar dan pengumpul setem tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan set-set Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Keluaran Setem Tetap Baharu di Cawangan-cawangan pejabat pos, hari ini.

    Keluaran Setem Tetap Baharu 2024 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi adalah bagi memperingati hari bersejarah Negara Brunei Darussalam yang menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 pada 23 Februari 2024.

    Keluaran Setem Tetap Baharu 2024 juga adalah bagi memperbaharui keluaran setem-setem tetap yang sedia ada pada masa sekarang dan masih lagi digunakan sejak 2007.

    Media Permata berpeluang untuk membuat tinjauan penjualan seteme tetap baharu dan sampul surat hari pertama di Pejabat Besar Pos Bandar Seri Begawan di mana salah seorang pengumpul setem pertama yang membuat pembelian ialah Haji Mohamad Hashim bin Haji Osman, seorang pengumpul dari Kuching, Sarawak, Malaysia yang kebetulan berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara.

    Haji Mohamad Hashim yang berusia 78 tahun menyatakan bahawa apabila mendapat tahu bahawa sampul surat hari pertama dan keluaran setem baharu mula dikeluarkan pada hari ini, beliau tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pejabat pos bagi mendapatkan set sampul surat pertama bagi koleksi setemnya.

    Keluaran Setem Tetap Baharu 2024 juga adalah bagi memperbaharui keluaran setem-setem tetap yang sedia ada pada masa sekarang dan masih lagi digunakan sejak 2007. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...