Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shahabuddin Chuppu Presiden ke-22 Bangladesh

    DHAKA, 13 FEB – Pesara hakim dan bekas pesuruhjaya suruhanjaya antirasuah Mohammed Shahabuddin Chuppu diumum sebagai presiden Bangladesh pada Isnin, lapor  Xinhua.

    Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Kazi Habibul Awal yang membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di Dhaka berkata calon parti pemerintah Liga Awami Bangladesh (AL) itu

    Beliau berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan makluman berhubung perkara ini pada lewat Isnin.

    Penyandang Abdul Hamid tidak dipilih semula sebagai presiden kerana perlembagaan negara membenarkan presiden memegang jawatan itu untuk tempoh maksimum dua penggal.

    Tempoh kedua dan terakhir Hamid tamat pada 24 April.

    Menurut perlembagaan Bangladesh, Ahli Parlimen adalah pengundi dalam pilihan raya presiden.

    Memandangkan parti AL mempunyai majoriti mutlak dalam parlimen, pemilihan Md Shahabuddin Chuppu sebagai presiden memang sudah dijangka sejak awal lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda