Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Shakilla enggan ulas, bergegas pergi selepas proses sulh

    Pelakon Shakilla Khoriri memilih tidak mengulas sejurus tamat prosiding sulh berhubung sebutan kes hadanah yang difailkan oleh bekas suaminya yang juga penyampai radio, Fizi Ali.

    Bagaimanapun, Shakilla sempat memohon maaf kepada pengamal media yang hadir. “Saya minta maaf, kita jumpa bulan depan. Saya ada urusan, sibuk sikit,” katanya kepada BH Online.

    Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, kemudiannya bergegas menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam dan meninggalkan perkarangan mahkamah.

    Sementara itu, Fizi bertanyakan kepada pengamal media mengenai individu hadir bersama bekas isterinya itu.

    “Nampak tak dengan siapa dia datang. Siapa dalam kereta yang dinaiki?

    “Tak nampak, okay tidak apa. Saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang, biar dia jawab sendiri,” kata Fizi.

    Terdahulu, Fizi dan Shakilla hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding sulh untuk kes hadanah yang difailkan oleh Fizi bulan lalu. Namun, proses sulh itu tidak menemui kata sepakat dan akan melalui proses perbicaraan.

    Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 37, selaku plaintif memfailkan tuntutan hadanah kekal itu pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla sebagai defendan. Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian. – Agensi

    Shakilla sempat mohon maaf kepada pengamal media sebelum bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...