Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharapova masih belum temui rentak

    MONTREAL, 6 OGOS – Bintang tenis Rusia Maria Sharapova masih belum menemui rentak permainan sebenarnya apabila tewas lagi pada penampilan semula sekembali daripada kecederaan di Terbuka WTA Toronto di sini awal hari ini.

    Sharapova yang tampak bergelut untuk menyaingi lawannya, ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh pemain Estonia, Anett Kontaveit yang menang 4-6, 6-3, 6-4 ke atas juara lima kali Grand Slam itu.

    “Saya tidak fikir ini masa terbaik untuk berehat semula. Saya telah berusaha keras untuk capai ke tahap sekarang. Jadi dapat menamatkan permainan sudah cukup baik. Keputusan bukan segala-galanya.

    “Yang penting adalah perasaan dan keyakinan saya untuk terus bermain. Memang saya dalam proses untuk membinanya dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya. Harap ia berjaya,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

    Ini merupakan aksi pertama Sharapova selepas menarik diri ketika beraksi di pusingan pertama Wimbledon bulan lalu akibat mengalami kecederaan lengan kiri. Dia akan menyertai Terbuka Cincinnati juga menerusi tiket wild card minggu depan. – AFP

    Sharapova mengembalikan pukulan ketika menentang Kontaveit di Terbuka WTA Toronto, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda