Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sheikhul Islam Thailand meninggal dunia

    BANGKOK, 22 OKT – Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn hari ini.

    Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham telah dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

    “Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10:32 pagi (waktu tempatan) hari ini.

    “Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, So-ngkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

    Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

    Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

    Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

    Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

    Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. – Bernama

    Gambar Pejabat Sheikhnul Islam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...