Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persembahan Taiwan Diabolo Dance Theatre memukau

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Para penonton amat terhibur dan terpegun dengan persembahan bertenaga serta menarik daripada kumpulan penghibur profesional, Taiwan Diabolo Dance Theatre yang membuat persembahan bertema Light of Life, di Pusat Kesenian JIS, Jerudong, kelmarin.

    Rombongan berkenaan membuat persembahan di negara ini atas undangan Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai Chinese Yoyo Diabolo di mana rombongan itu membuat dua persembahan iaitu kelmarin dan hari ini.

    ersembahan klasik yang dicipta oleh Taiwan Diabolo Dance Theatre itu merupakan persembahan unik yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian, pergerakan badan dan perkusi.

    Sementara itu, dram, multimedia dan lain-lain, melalui irama konserto di mana maya dan realiti digabungkan untuk memukau para penonton ke dunia tarian Diabolo yang penuh dengan imaginasi dan kejutan.

    Persembahan berlangsung selama 80 minit di mana ia menggabungkan persembahan multimedia dan Diabolo yang menawan imaginasi penonton.

    Antara babak persembahan yang menggabungkan nya-nyian, akrobatik, tarian, pergerakan badan dan perkusi. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...