Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shell peroleh keuntungan 2 kali ganda pada 2016

    LONDON, 2 Feb – Royal Dutch Shell hari ini berkata keuntungan selepas cukai bertambah lebih dua kali ganda pada 2016, dibantu oleh pemulihan untuk harga minyak pada suku keempat.

    Keuntungan bersih untuk tahun penuh berjumlah AS$4.58 bilion berbanding dengan AS$1.94 bilion untuk 2015, kata syarikat gergasi minyak Inggeris-Belanda dalam penyata pendapatan.

    Pendapatan juga mengambil kira gabungan pesaing Britain lebih kecil BG Group, yang diperoleh oleh Shell setahun lalu dalam satu pengambilalihan besar-besaran.

    Keuntungan Shell diselaras untuk barangan luar biasa dan perubahan nilai inventori minyak dan gas bagaimanapun merosot lapan peratus kepada AS$3.53 bilion pada 2016.

    Shell pada tahun lalu membeli BG dalam satu perjanjian bernilai kira-kira $68 bilion pada masa itu demi memperkukuh kedudukan kumpulan Inggeris-Belanda dalam pasaran gas asli cair (LNG).

    Salah satu daripada pelantar minyak luar pantai milik Royal Dutch Shell, 240 kilometer dari Aberdeen, Scotland. - AFP
    Salah satu daripada pelantar minyak luar pantai milik Royal Dutch Shell, 240 kilometer dari Aberdeen, Scotland. – AFP

    Namun Shell hari ini mendapati suku keempat tahun lalu, “kesan harga minyak yang lebih tinggi telah dihapuskira oleh kemerosotan dalam harga LNG.”

    Harga minyak telah berpulih mendadak dalam beberapa bulan ini untuk kembali melebihi AS$50 disebabkan satu perjanjian oleh OPEC dan anggota bukan kartel untuk mengehad pengeluaran.

    Sebelum perjanjian, pasaran minyak mentah meleset dalam tempoh dua tahun disebabkan kemelesetan bekalan global, mencecah tahap rendah 13-tahun di bawah AS$30 satu tong pada awal tahun 2016.

    Untuk menghapus kemerosotan dalam harga minyak dan ekoran perbelanjaan besarnya untuk memperoleh BG, Shell memutuskan untuk melancarkan program pemotongan kos yang akan melihatnya melego aset berjumlah AS$30 bilion.

    Pemberhentian pelaburan terbaru diumumkan pada Selasa, apabila Shell berkata ia telah menjual aset minyak Laut Utara dan Thai dengan harga AS$4.7 bilion dalam satu uaha untuk mengurangkan hutang.

    “Kami sedang memperoleh momentum, dan kami dijangka menamatkan program pemberhentian pelaburan berjumlah $30 bilion seperti yang dirancang,” kata ketua eksekutif Royal Dutch Shell Ben van Beurden dalam kenyataan hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda