Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shiha gagal kawal sikap panas baran

    Ramai mungkin sudah terbiasa melihat personaliti ceria dan lucu Shiha Zikir namun penyanyi itu mendedahkan dia sebenarnya seorang yang panas baran.

    Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, dia sering terbawa-bawa dengan emosi sehinggakan perkara remah boleh mencetuskan kemarahannya.

    Malah cerita Shiha, dia pernah terbalikkan sebuah meja di sebuah kedai makan selepas pembantu kedai tidak mengendahkan permintaan mengambil pesanan.

    “Saya seorang yang panas baran dan masalah itu sangat teruk dalam tiga ke empat tahun lepas.

    “Saya tak boleh salah sikit, saya pernah terbalikkan meja di kedai makan.

    Shiha tekad berubah dan belajar mengawal emosi. – mStar

    “Baling semua makanan di atas meja pun pernah. Isunya kecil sahaja sebab saya panggil (pelayan) ambil pesanan… Tiga empat kali panggil tapi tak datang,” katanya yang dikongsi mStar.

    Shiha berkongsi perkara itu menerusi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

    Mengimbau semula sikap barannya, Shiha memberitahu dia pernah berdepan pergaduhan besar di sebuah restoran dek terlampau mengikut perasaan.

    Mujur situasi itu tidak diperbesarkan atau ditularkan mana-mana pihak.

    “Saya pernah bergaduh dekat kedai mamak sampai nak baling kerusi. Cuma masa itu bukan zaman media sosial, jadi saya selamat.

    Dashboard kereta pernah sampai jatuh sebab sikap baran saya. Saya mengamuk kaw kaw,” ceritanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda