Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Shiha Zikir sanggup keluar modal RM300,000

    Hasrat penyanyi Shiha Zikir menerbangkan 200 dron di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian selepas mengambil kira faktor keselamatan penonton.

    Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, idea itu sebagai membawa kelainan serta percaya persembahannya itu nanti akan menjadi sebutan orang ramai.

    Bagaimanapun selepas perbincangan dilakukan dengan pihak produksi, dia akur apabila mengambil kira faktor keselamatan di hadapan mereka.

    “Tapi tempat berkenaan tidak sesuai kerana ia memerlukan kawasan yang luas selain timbulnya kebimbangan kalau salah satu dron terjatuh dan terkena penonton,” katanya kepada mStar.

    Shiha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

    Berkongsi lebih lanjut, Shiha memberitau kos persembahan berkenaan dianggarkan bernilai RM300,000 namun tidak termasuk kos penari dan pakaian.

    Malah dia juga sudah mencari pihak yang mampu menerbangkan dron berkenaan dari luar negara.

    “Kalau jadi dalam RM300,00 untuk dron sahaja, tak termasuk baju dan penari.” – Agensi

    Shiha akur dengan keputusan pihak produksi. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...