Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warganet jaga adab!

    Sebagai rakyat di bumi Darussalam ini, saya merasa kecewa dengan sikap sesetengah warganet yang lantang bersuara di laman media sosial malah berani mencemuh golongan tertentu.

    Sama ada warganet orang Brunei atau bukan, mereka wajib patuhi konsep Melayu Islam Beraja (MIB), jaga setiap perbuatan dan pertuturan kerana setiap apa yang kita buat akan dihakimi kelak. Jangan menghina atau mencemuh sesiapa pun.

    Warganet perlulah menahan diri dan bersabar, menulis perkataan yang baik-baik dengan bahasa lemah lembut kerana budi bahasa sekarang tinggi nilainya.

    Bersyukurlah kerana kita diberikan kemudahan internet dan sebagainya. Nasib kita lebih baik berbanding di negara lain yang menyekat penduduknya daripada menggunakan laman media sosial. Jadi gunakanlah media-media sosial dengan sebaik mungkin sebelum ia disekat untuk mengajar awda erti sifat beradab sopan.

    Dalam kehidupan kita dewasa ini, renung-renungkanlah nasihat ini.

    “Ilmu semakin tinggi, adab semakin kurang; pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin kurang; menuntut ilmu semakin mudah, guru semakin tak dihargai; teknologi semakin canggih, aib dan fitnah semakin tersebar; kawan di laman sosial semakin ramai, kawan sejati semakin kurang!”

    Keyboard Warrior

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...