Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Shukri Yahaya tidak terfikir curangi isteri

    Sejak kebelakangan ini, pelakon Malaysia Shukri Yahaya banyak bergandingan dengan aktres wanita jelita dalam drama lakonannya sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat.

    Memetik laporan mStar, walaupun begitu, Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata perkara itu langsung tidak menjejaskan rumah tangganya bersama Tya Adnan malah tidak pernah terfikir bersikap curang terhadap isteri.

    Sebaliknya, beliau sentiasa menjaga batas pergaulan ketika berada di set penggambaran selain tidak terbawa-bawa watak lakonannya ke rumah.

    “Saya dan isteri sudah kenal lama, kami sudah ada dua orang anak. Jadi saya tak pernah terfikir buat benda-benda macam itu (curang).

    “Konsep saya senang… Selesai berlakon, habis terus! Saya tak ada nak terbawa-bawa watak dalam drama ke rumah,” katanya kepada mStar.

    Shukri menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada malam tayangan episod akhir Layang-Layang Perkahwinan yang diadakan baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Shukri menzahirkan rasa syukur apabila peminat sentiasa mendoakan hubungannya dengan isteri sentiasa diberkati dan dilindungi daripada sebarang anasir jahat.

    “Bagi saya, bagus juga mereka (netizen) mengingatkan. Bukan saya seorang tapi sesiapa saja yang cuba jadi orang ketiga.

    “Jangan usik Shukri Yahaya. Ada macam itu, bagus juga la,” ujarnya.

    Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl. – Agensi

    Shukri bergandingan bersama Ezzanie Jasny dan Alya Iman dalam drama Layang-Layang Perkahwinan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...