Baharu dua bulan bercerai, pelakon Korea, Lee Si Young mengumumkan dia kini hamil anak kedua bersama bekas suaminya, Cho Seong Hyun.
Memetik laporan mStar, difahamkan usia kandungannya kini memasuki 14 minggu selepas menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) bagi mendapatkan anak kedua pada usia sudah mencecah 43 tahun.
“Saya kini sedang hamil anak kedua. Ketika dalam perkahwinan saya ada menjalani rawatan IVF untuk anak kedua.
“Kebetulan tempoh lima tahun penyimpanan embrio yang dibekukan hampir tamat, ketika tarikh hampir tiba saya memilih untuk menjalani proses pemindahan embrio itu.
“Walaupun pihak satu lagi tidak bersetuju, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan ini,” ujarnya.
Sementara itu bekas suaminya, Seong Hyun mengakui tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan Si Young.
Namun dia meluahkan rasa sedia untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas anak yang bakal lahir nanti.
“Memang benar saya tidak bersetuju dengan kehamilan anak kedua ini. Lagipun, kami sudah bercerai.
“Kini anak itu sedang dikandung, jadi saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang bapa,” kongsinya. – Agensi
