Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siasat kenapa dakwa kena buli – Beto Kusyairy

    Beto Kusyairy, 44, percaya tidak wujud apa yang didakwa gejala buli atau penderaan mental terhadap pelakon baharu di set penggambaran seperti yang hangat diperkatakan, sejak akhir-akhir ini.

    Beto yang sudah dua dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, mengakui tidak pernah berdepan insiden sedemikian atau melihat gejala buli berlaku ke atas pelakon lain di depan mata.

    Beto atau nama sebenar, Nurkusyairy Zakuan Osman percaya apa yang berlaku barangkali berpunca daripada sikap pelakon terbabit atau suatu bentuk didikan untuk mereka meningkatkan skil lakonan.

    “Kalau ada individu rasa ‘mental torture’, berlakon bukanlah tempatnya. Kalau dia rasa sebegitu, carilah tempat lain. Ini bukanlah tempat yang betul. Kenapa hendak terus berada dalam keadaan diseksa? Lebih baik buat perkara lain yang menggembirakan diri.

    “Apabila bercakap mengenai buli, perkataan itu agak kejam dan tajam. Jadi, perlu tahu mengapa individu itu dilayan sebegitu rupa. Kita juga hendak tahu kenapa awak rasa kena dera mental.

    “Kita baru dengar sebelah pihak. Kita perlu dengar daripada satu pihak lagi kenapa sampai individu itu dilakukan sedemikian rupa.

    “Saya tak pernah nampak perkara seperti ini setiap kali masuk set penggambaran. Saya mungkin tidak kena, namun, saya tidak pernah tengok kawan-kawan kena,” katanya kepada BH Online.

    Beto mengakui pernah dimaki dan dimarah ketika berada di set penggambaran. Namun, Beto menganggap semua itu sebagai proses pembelajaran. – Agensi

    Beto mengakui pernah dimaki dan dimarah ketika berada di set penggambaran. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda