Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Siasatan jenayah ke atas Infantino dihentikan

    ZURICH, 26 OKT – Pendakwa raya khas di Switzerland telah menutup siasatan jenayah terhadap Presiden FIFA, Gianni Infantino berhubung pertemuan yang tidak didedahkan dengan bekas Peguam Negara negara itu.

    Infantino telah mengadakan pertemuan dengan Michael Lauber pada 2016, sejurus selepas dipilih sebagai Presiden FIFA, semasa siasatan menyeluruh terhadap bola sepak antarabangsa di Switzerland dan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Laporan media berkata satu lagi pertemuan diadakan pada 2017.

    Kedua-dua Infantino dan Lauber mendakwa bahawa mereka tidak ingat butiran pertemuan tersebut.

    Lauber kehilangan pekerjaannya sebagai Peguam Negara Switzerland pada 2020 akibat pertemuan bersama Infantino, selepas didapati mengelirukan dan menghalang pejabat pengawasan yang memantau pendakwa raya persekutuan.

    Pendakwa raya khas pertama, Stefan Keller, kemudian disingkirkan oleh mahkamah persekutuan selepas aduan rasmi Infantino mengenai sikap berat sebelah.

    Gambar AFP

    Weder dan Maurer mengambil alih kes tersebut dan mengambil keterangan Infantino pada Januari selepas dia kembali ke Switzerland daripada Piala Dunia di Qatar.

    Mereka mengumumkan hari ini bahawa kes itu telah dihentikan tanpa sebarang pertuduhan dikemukakan.

    Dalam satu kenyataan, FIFA berkata ia mengambil maklum ‘dengan penuh kepuasan’ terhadap keputusan pendakwa raya.

    Hasil siasatan ini jelas sekali tidak mengejutkan,” kata badan induk itu.

    “Satu-satunya elemen yang mengejutkan hanyalah masa yang lama diambil untuk mencapai kesimpulan yang begitu jelas.”

    Infantino berkata ia adalah ‘kemenangan mutlak bagi saya, untuk FIFA yang baharu dan untuk keadilan’. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...