Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Zii Jia lunas dendam, mara ke pusingan kedua

    KUALA LUMPUR, 26 OKT – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Perancis 2023 di Rennes awal pagi tadi selepas menewaskan lawan dari China, Weng Hong Yang.

    Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan pemain profesional itu kepada Hong Yang pada final Terbuka Denmark baru-baru ini.

    Pada aksi pusingan pertama di Glaz Arena itu, Zii Jia merakam kemenangan 21-15, 21-11 dalam tempoh 45 minit untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

    Pemain ranking ke-11 dunia itu yang menjuarai Terbuka Artik di Finland awal bulan ini, akan membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain China, Li Shi Feng yang merupakan pilihan kelapan kejohanan bagi memburu tempat ke suku akhir.

    Sementara itu, seorang lagi pemain Malaysia, Ng Tze Yong menepati ramalan apabila melepasi halangan pertama dengan menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-9, 21-9.

    Tze Yong dijadualkan bertemu wakil tuan rumah, Arnaud Merkle di pusingan kedua, esok.

    Dalam pada itu, dua pasangan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

    Tang Jie-Ee Wei akan menentang Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong manakala Soon Huat-Shevon juga akan bertemu satu lagi pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

    Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu lelaki Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas kecundang di tangan gandingan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-18, 18-21, 15-21. – Bernama

    Gambar Berita Harian
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...