Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siasatan Park cetus perbalahan

    SEOUL, 3 Feb – Pendakwa Korea Selatan yang menyiasat skandal rasuah besar-besaran menyelubunyi Presiden Park Geun-Hye berusaha menggeledah Rumah Biru hari ini, sekali gus mencetuskan perbalahan dengan pengawal keselamatan.

    Ia adalah kali pertama penyiasat berusaha menggeledah kompleks keselamatan untuk mencari bukti sejak Park didakwa oleh parlimen pada Disember berhubung skandal menyalahguna pengaruh dan kuasa.

    Sekumpulan pendakwa berbekalkan waran menggeledah mahkamah dan penolong mereka dihalang oleh pengawal keselamatan ketika mereka cuba memasuki premis.

    Mereka tidak mempunyai alasan sah untuk menguatkuasa penggeledahan di Rumah Biru melainkan dibenarkan masuk oleh presiden, memandangkan kompleks adalah dianggap satu zon keselamatan tentera, kata agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Seorang jurucakap presiden berkata Rumah Biru menentang waran penggeledahan tetapi rela memberikan dokumen dan bahan lain yang dikehendaki oleh pendakwa. Rundingan sedang diteruskan beberapa jam selepas kumpulan pendakwaan tiba.

    Park dituduh bersubahat dengan kawan lama, Choi Soon-Sil, untuk memaksa sumbangan bernilai berpuluh juta daripada firma terkenal disalurkan kepada yayasan yang dikawal oleh Choi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda