Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sibad tawar 10 juta rupiah teka jantina kandungan

    Penyanyi dangdut Siti Badriah yang kini hamil tujuh bulan berkongsi perkembangan terkini kandungannya.

    Menerusi perkongsian Instagram, Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sibad ini menunjukkan hasil USG yang dilakukan setiap bulan.

    “Hello makcik dan pakcik, sekarang usia kandungan sudah tujuh bulan, selalu tidak sabar untuk datang bertemu baby fruity (galaran untuk anak dikandungnya). Ini hasil USG kelmarin,” tulisnya.

    Siti Badriah yang masih merahsiakan kelamin anaknya turut menawarkan Rp10 juta (RM2,900) kepada sesiapa yang dapat meneka jantina anak damit tersebut.

    “Saya nak beri Rp10 juta buat empat orang pemenang, caranya senang sahaja, komen di YouTube Sibad Krisjiana chammel,” tulisnya lagi.

    Isteri kepada Krisjiana Baharudin ini bakal mengumumkan jantina anak damit berkenaan dalam sebuah majlis 13 Februari depan. Siti Badriah dan Krisjiana Baharudin berkahwin pada 25 Julai 2019. Pasangan ini mengumumkan hamil anak pertama selepas dua tahun bergelar suami isteri. – Agensi

    Siti Badriah yang masih merahsiakan kelamin anaknya turut menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang dapat meneka jantina anak damit tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda