Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sidang kemuncak BRICS akan bincang penstrukturan semula politik

    CAPE TOWN, 15 FEB – Sidang Kemuncak BRICS yang akan dihoskan Afrika Selatan tahun ini akan membincangkan kaedah untuk penstrukturan semula politik, ekonomi dan kewangan global, lapor Xinhua.

    Timbalan Menteri Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Alvin Botes berkata demikian di parlimen negara itu di Cape Town.

    “Antara isu yang akan dibincangkan dalam BRICS ialah bagaimana untuk menyusun semula acuan politik, ekonomi dan kewangan global supaya ia menjadi lebih seimbang,
    inklusif dan saksama,” kata Botes.

    Beliau berkata sebagai satu-satunya negara Afrika dalam BRICS dan G20, Afrika Selatan akan terus berusaha untuk meletakkan benua Afrika dan Selatan Global dalam agenda forum ini.

    BRICS terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Afrika Selatan menjadi pengerusi BRICS pada 2023, mengambil alih daripada China. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...