Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Siklon Remal hampiri Bangladesh, lebih 800,000 larikan diri

    PATUAKHALI, 26 MEI – Lebih 800,000 warga Bangladesh meninggalkan perkampungan pantai mereka hari ini menuju ke pusat perlindungan ribut jauh di pedalaman ketika negara dataran rendah itu bersedia menghadapi ombak apabila taufan mendarat, kata pegawai.

    Siklon Remal dijangka melanda pantai selatan dan sebahagian kawasan berhampiran India hari ini, dengan jabatan cuaca Bangladesh meramalkan angin ribut dan tiupan angin kencang sehingga 130 kilometer sejam.

    Taufan tersebut telah membunuh ratusan ribu orang di Bangladesh dalam beberapa dekad kebelakangan ini, tetapi bilangan ribut besar yang melanda pantainya yang padat dengan penduduk telah meningkat dengan mendadak – daripada satu setahun kepada tiga setahun disebabkan kesan perubahan iklim.

    “Taufan itu boleh menyebabkan ombak sehingga empat meter di atas arus astronomi biasa, yang boleh membawa maut,” kata pegawai kanan cuaca, Muhammad Abul Kalam Mallik kepada AFP.

    Kebanyakan kawasan pantai Bangladesh berada satu meter atau dua di atas paras laut dan ombak yang tinggi boleh memusnahkan kampung.

    Pihak berkuasa telah menaikkan isyarat bahaya kepada tahap tertinggi, mengeluarkan arahan pemindahan kepada mereka di kawasan berisiko. – AFP

    Orang ramai berkumpul di sepanjang pantai ketika hujan di Kuakata. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...