Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sindiket perjudian haram bernilai AS$1.2b tumpas

    HANOI, 23 NOV – Polis Vietnam berjaya mematahkan sindiket perjudian dalam talian terbesar dianggarkan bernilai AS$1.2 bilion, menurut media negara dan pegawai hari ini, ketika kerajaan cuba menghapuskan perjudian haram semasa Piala Dunia.

    Seramai 12 orang telah ditahan di selatan Vietnam, termasuk di ibu kota perniagaan Bandar Ho Chi Minh, menurut sumber polis di Hanoi memberitahu AFP. Server bagi perjudian dalam talian itu berpangkalan di Kemboja.

    “Serbuan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk membanteras perjudian haram, terutama semasa Piala Dunia dijalankan,” menurut sumber.

    Kerajaan Vietnam mula melonggarkan pengawalan perjudian domestik, dengan membenarkan penduduknya untuk membuat pertaruhan di kasino dan membangunkan beberapa pertaruhan sukan.

    Perjudian dalam talian adalah diharamkan tetapi operasi haram yang menguntungkan semakin berkembang pesat, menyebabkan tindakan keras semasa Piala Dunia dan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

    Menurut media negara, sindiket perjudian yang baru terungkai ini ditubuhkan pada awal 2021 dan mengendalikan pertaruhan bola sepak dalam talian bagi klien-klien yang kebanyakannya di selatan Vietnam.

    Pada Isnin, polis di wilayah tengah Nghe An turut menahan 11 orang dalam tuduhan yang dalam dalam sindiket berlainan.

    Tangkapan itu dibuat selepas polis Vietnam merungkai sindiket mata wang kripto yang bernilai kira-kira AS$3.8 bilion tahun lalu.

    Kementerian Keselamatan Awam awal bulan ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terperangkap ke dalam ‘jerat haram’, dan turut berikrar untuk melaksanakan hukuman berat ke atas pertubuhan sindiket perjudian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...