Saturday, November 23, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura hukum gantung tiga pengedar dadah dalam seminggu

    SINGAPURA, 22 NOV – Singapura hari ini menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang lelaki berusia 55 tahun kerana mengedar dadah, menurut agensi penguatkuasaan narkotik negara itu.

    Ia adalah hukuman ketiga yang dijatuhkan dalam tempoh seminggu meskipun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya tindakan seumpamanya dihentikan.

    PBB dan kumpulan hak asasi manusia menegaskan bahawa hukuman mati tidak mempunyai kesan pencegahan yang terbukti serta menyeru supaya ia dihapuskan.

    Namun, pihak berkuasa Singapura menjelaskan bahawa hukuman mati membantu menjadikan republik itu salah satu negara yang paling selamat di Asia.

    Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) berkata hukuman mati dilaksanakan ke atas Rosman Abdullah, yang disabitkan kesalahan kerana mengedar 57.43 gram heroin.

    Di bawah undang-undang dadah yang ketat di negara itu, hukuman mati dikenakan untuk jumlah lebih daripada 15 gram.

    Hukuman mati itu dilaksanakan di Penjara Changi susulan hukuman sama dihadapi dua lelaki pada 15 November iaitu seorang rakyat Malaysia berusia 39 tahun dan seorang rakyat Singapura berusia 53 tahun juga kerana mengedar dadah. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Mac 2022 menunjukkan orang ramai memasuki Mahkamah Agung di Singapura ketika mahkamah tertinggi mendengar rayuan terakhir seorang lelaki Malaysia yang berdepan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar dadah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda