Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sinner bersedia hadapi cabaran seterusnya

    MELBOURNE, 29 JAN – Jannik Sinner yang tenang sudah bersedia untuk menghadapi apa yang akan berlaku seterusnya selepas memenangi gelaran Grand Slam sulung di Terbuka Australia, berkata dia ‘tidak akan membenarkan tekanan menghalangnya daripada mencapai impiannya.’

    Sejak kemunculannya sebagai seorang pemain tenis berusia 17 tahun pada 2019, pemain Itali itu telah disebut-sebut sebagai salah seorang pemain tenis yang hebat di masa hadapan.

    Ia adalah usaha sukar selama lima tahun untuk mencapai kemuncak dengan kemenangan lima set ke atas Daniil Medvedev di Melbourne pada Ahad lalu, dan bakat muda yang luar biasa itu telah menghadapinya dengan tenang.

    “Saya sangat gembira kerana saya berada dalam kedudukan sekarang ini. Saya mempunyai pasukan yang hebat di belakang saya yang tahu apa yang perlu saya lakukan,” katanya mengenai tumpuan tambahan yang kini pasti diberikan kepadanya.

    Dia menunjuk kepada Darren Cahill di sudut gelanggang sebagai jurulatih, di mana warga Australia itu pernah mengalami tekanan sebagai pemain.

    “Dengan Darren, dia mempunyai banyak pengalaman. Dia telah melaluinya beberapa kali,” kata Sinner.

    “Jadi, awda tahu, itu semua sebahagian daripada proses. Jelas sekali memiliki trofi ini merupakan satu perasaan yang luar biasa. Saya berasa bersyukur kerana memilikinya di sini.

    Aspek menarik mengenai masa Sinner di Melbourne ialah sikap tenangnya, walaupun dia mendapati dirinya berdepan masalah.

    Ketika menentang Medvedev, dia tidak panik apabila ketinggalan dua set, sebaliknya mencari kelemahan pemain Rusia itu dan apabila ada peluang, dia merebutnya. – AFP

    Reaksi Sinner semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang Medvedev di Melbourne, Australia, pada 28 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...