Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mimpi indah Tajikistan berterusan, singkir UAE

    DOHA, 29 JAN – Kisah inspirasi Tajikistan yang membuat debut diteruskan apabila layak ke suku akhir Piala Asia 2023 selepas menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-3 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 di Stadium Ahmad Ali, Al Rayyan, semalam.

    Pada aksi pusingan 16 terbaik, UAE menemui jaringan penyamaan di penghujung masa permainan sebenar menerusi Khalifa Al Hammadi untuk menafikan gol pembukaan Tajikistan dihasilkan Vahdat Hanonov di babak pertama dan kedudukan seri kekal sehingga 30 minit masa tambahan tamat.

    Pada penentuan penalti, penjaga gol, Yatimov Rustam, muncul wira Tajikistan apabila bijak merebahkan badan untuk menafikan sepakan kedua UAE yang diambil Caio Canedo Correa sekali gus membantu skuad bimbingan Petar Segrt melangkah ke pusingan seterusnya.

    Terdahulu, Akhtam Nazarov, Vahdat Hanonov, Ehson Panshanbe, Soirov Rustam dan Shukurov Alisher masing-masing menyempurnakan tugas dengan baik selepas tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol UAE, Khalid Eisa Al-Mesmari di gawang.

    Tiga penalti UAE yang berjaya menggegar jaring lawan diambil Abdulla Idrees Al Hammadi, Fabio Lima dan Ali Saleh. – Bernama

    Reaksi pemain Tajikistan bersama penjaga gol mereka Rustam selepas penentuan sepakan penalti di Stadium Ahmad Bin Ali di Al-Rayyan, barat Doha, pada Januari 28. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...