Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner julang piala Terbuka Australia

    MELBOURNE, 26 JAN – Jannik Sinner mengatasi Alexander Zverev untuk mengekalkan kejuaraan Terbuka Australia, hari ini, dan mengukuhkan statusnya sebagai pemain dominan dunia.

    Pemain berusia 23 tahun itu mengharungi pertarungan sengit antara dua pemain terbaik dunia 6-3, 7-6 (7/4), 6-3 di Rod Laver Arena.

    Dia menjadi pemain Itali pertama, lelaki atau wanita, yang telah memenangi tiga Grand Slam, mengatasi dua kejohanan Nicola Pietrangeli.

    Kemenangan itu juga meletakkannya bersama Andre Agassi, Roger Federer dan Novak Djokovic sebagai satu-satunya pemain lelaki yang berjaya mempertahankan gelaran Melbourne Park abad ini.

    Bagaimanapun, kemenangan tersebut telah membuktikan lebih banyak penderitaan buat pemain Jerman, Zverev, kekal sebagai salah seorang pemain terbaik dunia yang tidak pernah meraih kejayaan Grand Slam, di mana dia gagal sekali lagi dalam final ketiganya.

    Sikap tenang Sinner terbukti menjadi asas kekuatan mentalnya di Australia, yang menjadi benteng baginya dalam berdepan kes doping yang berterusan selepas dia dua kali
    diuji positif untuk clostebol steroid tahun lepas.

    Kebimbangan yang berlegar dalam fikirannya adalah tentang rayuan Agensi Anti-Doping Dunia terhadap pembebasannya, dengan badan global itu menuntut larangan yang lama.

    Perbicaraan akan dijadualkan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) April ini.

    Tetapi dia mengetepikan semua kebimbangan itu untuk meraih gelaran kerjaya ke-19 dan meneruskan rentak kemenangannya yang luar biasa kepada 21 perlawanan. – AFP

    Sinner membuat pukulan servis kepada Zverev semasa perlawanan akhir di Melbourne, Australia pada 26 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda