Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem baharu pertandingan Ratu Cantik Venezuela

    CARACAS – Buat pertama kali dalam sejarah, Pertandingan Ratu Cantik Venezuela tidak akan memaparkan ukuran saiz badan setiap peserta sebagaimana yang dilakukan oleh organisasi tersebut sebelum ini, kata penganjur – tatkala pertandingan itu menerima kritikan kontroversi terhadap fokus utama penampilan fizikal.

    Pertandingan itu yang bermula sejak tahun 1952 dan mempunyai rekod yang terbaik di pentas antarabangsa di mana Venezuela telah memegang rekod tujuh pemenang di Pertandingan Ratu Cantik Miss Universe dan enam rekod dalam Pertandingan Ratu Cantik Dunia (Miss World).

    Merubah corak tradisional

    Secara tradisinya, statistik ukuran peserta akan diumumkan kepada penonton semasa pertandingan itu dijalankan.

    Pada tahun ini, para peserta akan berjalan di atas pentas dalam dua kategori iaitu dalam pakaian renang dan gaun malam, tetapi pihak penganjur mengatakan bahawa mereka mahu menentang stereotaip tentang penampilan yang ideal bagi seorang wanita, justeru, penganjur tidak akan mendedahkan ukuran badan setiap peserta.

    Pertandingan Ratu Cantik Venezuela lazimnya merupakan satu perniagaan yang besar di negara Amerika Latin itu yang ketika ini dilanda krisis ekonomi dan turut mengalami kesulitan sebagaimana penduduk Venezuela yang lain.

    Salah satu krisis yang turut dialami organisasi itu ialah bekalan elektrik yang kerap terputus dan yang terbesar berlaku pada 22 Julai lalu. – AFP

    Secara tradisinya, statistik ukuran peserta akan diumumkan kepada penonton semasa pertandingan itu dijalankan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda