Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Siti Badriah tampil sopan sebelum naik pentas

    Badriah sentiasa patuh dengan peraturan penganjur ketika membuat persembahan.

    Penyanyi dangdut sensasi Siti Badriah hampir dihalang daripada meneruskan persembahan di Riau, Indonesia baru-baru ini selepas tampil dengan penampilan seksi.

    Susulan itu, Badriah bertindak menukar pakaian lebih sopan sebagai mengikut garis panduan ditetapkan selain menghormati penonton yang hadir.

    “Ini adalah pertama kali saya dilarang untuk membuat persembahan. Tapi ia perkara biasa apabila ada orang suka dan sebaliknya.

    “Sebagai penyanyi saya perlu ikut peraturan yang ditetapkan. Kalau tak boleh seksi dan menari saya akan patuh,” katanya seperti dilaporkan Suara.

    Kemunculan Badriah menerusi acara itu mendapat tentangan Gerakan Masyarakat Peduli Negeri Seribu Suluk kerana menganggap kemunculan penyanyi itu tidak sesuai dengan adat dan budaya masyarakat Melayu di sana.

    Bagaimanapun demi tugas dan tidak mahu menghampakan peminat, penyanyi lagu Lagi Syantik itu tetap muncul di atas pentas dengan mengikut peraturan ditetapkan.

    “Syukur dapat menghiburkan peminat dan ramai turut menyanyi bersama lagu yang saya sampaikan,” katanya menurut laporan mStar. – Agensi

    Badriah syukur kemunculannya diterima baik peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...