Saturday, March 29, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Badriah terpaksa gugurkan satu janin

    Suami kepada penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah iaitu Krisjiana Baharudin berkongsi khabar duka memaklumkan isterinya terpaksa menggugurkan seorang anak kembar mereka.

    Memetik laporan mStar, Krisjiana memberitahu bahawa Badriah, 30, disahkan hamil anak kembar tetapi salah satu daripada janin tersebut perlu dikeluarkan kerana berada di luar rahim.

    “Pada 14 Oktober, sebulan setelah mengetahui Siti hamil, kembali mengejutkan apabila ketahui Siti hamil anak kembar.

    “Malam itu Siti harus menjalani pembedahan untuk mengeluarkan satu janin dan rahim yang ada di saluran tuba sebelah kanan,” katanya.

    Krisjiana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Siti dan suami mengumumkan kehamilan kedua isterinya pada 14 Disember lalu. – akurat.co

    Dalam pada itu, Krisjiana meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan keputusan untuk melepaskan janinnya itu.

    Bagaimanapun kata Krisjiana, jika isterinya meneruskan kandungan itu kemungkinan berdepan komplikasi serius yang boleh membawa maut.

    “Pembedahan dilakukan pada keesokan pagi. Berat rasanya harus mengeluarkan bakal anak damit yang sudah ada degupan jantung.

    “Tapi kalau dibiarkan, nyawa Siti akan terancam,” ujarnya.

    Pada 14 Disember lalu, Krisjiana memaklumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

    Krisjiana turut meluahkan rasa syukur atas kehamilan anak kedua itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda