Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti bantu ringankan beban pengamal media

    Prihatin dan peka dengan nasib sesetengah pengamal media yang kurang bernasib baik, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa tampil memberi bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada dalam kesulitan.

    Justeru bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Siti yang juga pengasas yayasan tersebut bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berkolaborasi bersama Yayasan Prihatin Nasional menganjurkan Majlis Iftar Nurjiwa Prihatin yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

    Dalam sesi temu bual bersama Sinarplus, penyanyi nombor satu Malaysia itu mengakui pihak media banyak membantunya sejak di awal kemunculannya dalam industri seni hampir 30 tahun yang lalu.

    “Saya sangat terhutang budi dengan pengamal media yang saya sudah anggap seperti keluarga saya sendiri. Terima kasih kepada pihak media yang sudi hadir atau bertugas.

    “Tidak lupa kepada wartawan yang mula-mula menemu ramah saya iaitu Cikli (Rosli Manah) yang tak dapat hadir. Huzz juga tidak dapat hadir, tapi kita ada Joha dan Abang Nas (Nas Melodi) yang suka ‘terjah’ saya. Mereka inilah antara yang melihat saya dari awal kerjaya.

    “Insya Allah, apa yang Yayasan Nurjiwa boleh bantu, kita buat sebaik mungkin,” katanya. – Agensi

    Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberi bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada dalam kesulitan. – Sinarplus
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda