Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Khadijah buat muka, badan?

    Ada perubahan ketara dari segi susuk tubuh dan wajah pelakon yang semakin meningkat, Siti Khadijah Halim berbanding penampilannya sebelum ini.

    Selain masih kekal dengan sikap ceria, pelakon Siti Khadijah Halim juga kelihatan langsing dan wajahnya juga semakin meruncing, sekali gus menyerlahkan kecantikan sisi wanita Melayu yang ada pada dirinya.

    Bertemu Siti Khadijah pada majlis sidang media dan tayangan drama bersiri terbitan VIU berjudul From Saga With Love 2, soalan itulah yang diajukan kepada si empunya diri, baru-baru ini.

    Mengulas perubahan berlaku, tanpa berselindung gadis berusia 27 tahun itu mengakui dia memang melakukan sesuatu pada tubuh dan wajahnya.

    “Sejujurnya, saya memang tak suka melihat wajah saya dalam drama From Saga With Love musim pertama kerana wajah sedikit tembam.

    Siti Khadijah buat rawatan wajah menggunakan teknologi terkini demi kelihatan lebih cantik. – mStar

    “Saya sedar tak memiliki standard kecantikan dimahukan penonton di Malaysia. Keadaan ini juga membuatkan saya rasa tak selamat.

    “Disebabkan itu, saya terdetik mahu membuat rawatan wajah menggunakan teknologi terkini. Secara kebetulan, saya mendapat tajaan pusat penjagaan kulit dan kecantikan membuatkan penampilan saya hari ini berbeza,” katanya kepada BH Online.

    Untuk mendapat bentuk tubuh diidamkan, pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu mengakui, selain menjaga pemakanan, dia juga gemar beriadah.

    “Saya nak kurus dan untuk itu, saya mengamalkan diet dengan menjaga pemakanan dan banyak makan sayur. Lagipun, sayur bagus untuk penghadaman.

    “Saya juga aktif joging dan buat pilates, cuma saya tak muat naik dalam media sosial. Sekarang, berat badan saya 52 kilogram (kg) berbanding 55kg sebelum ini.

    “Dulu, jadual makan saya tidak teratur dan tak sempat nak bersenam kerana sibuk bekerja,” cerita anak jati Kuala Lumpur ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda