Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nordiana alami masalah peti suara

    Sering kali menerima kritikan susulan persembahan kurang berkualiti apabila tampil di acara pentas, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dia mengalami masalah pada bahagian peti suara.

    Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 39, berkata, masalah tersebut dipercayai berlaku disebabkan kesan sampingan susulan pernah lima kali terkena jangkitan COVID-19 sebelum ini.

    Malah kata Nana dia masih dalam proses pemulihan selepas melakukan pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor.

    “Saya ada masalah sikit pada bahagian peti suara disebabkan terkena jangkitan COVID-19 sebelum ini. Banyak kali terkena, tak tahulah kenapa suka sangat ‘dia’ datang sampai lima kali saya dapat.

    “Apabila mula sedar ada masalah itu saya dapatkan nasihat doktor dan kini dalam proses healing. Saya makan ubat untuk proses pulihkan suara sejak Jun lalu,” katanya kepada mStar.

    Nana kini dalam proses pemulihan masalah suara. – mStar

    Nana ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan peserta program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

    Menerima semua kritikan secara terbuka, Nana juga sentiasa mengkaji kelemahan pada teknik nyanyian yang boleh diperbaiki supaya tidak berlaku masalah suara keterluan ketika di atas pentas.

    Dalam keadaan kesihatan suara yang masih belum pulih sepenuhnya, juara Gegar Vaganza musim kedua ini berani menyahut cabaran bersaing kembali dengan sembilan juara program tersebut.

    “Saya kenalah cuba dulu sertai GV kali ini. Tak mahu mengalah awal sebelum mencuba. GV pun sudah banyak berjasa kepada saya dan ini adalah cara saya untuk menghargai produksi.

    “Bagaimanapun saya tak boleh nak berhenti menyanyi kerana ini punca rezeki. Doakan kesihatan saya akan kembali pulih.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda