Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Siti Nordiana teruskan rutin arwah bapa ziarah keluarga

    Sambutan raya tahun ini pastinya berbeza buat penyanyi Siti Nordiana selepas kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada 21 Julai tahun lalu.

    Bagaimanapun, kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 40, rutin menziarah saudara-mara yang selalu arwah bapanya lakukan sebelum ini akan tetap menjadi amalan dalam keluarga.

    “Tahun ini saya sambut Ramadan dan Syawal tanpa ayah. Jujurnya memang tidak begitu rasa teruja untuk sambut Hari Raya Aidilfitri selepas ayah tiada.

    “Biasanya setiap tahun kami akan ikut rutin arwah menziarahi rumah saudara mara.

    “Setiap tahun rumah sama sahaja dia akan bawa dan tradisi itu tetap akan saya teruskan cuma rasanya sedikit berbeza,” katanya kepada mStar.

    Bapa Nana iaitu Allahyarham Alias Ahmad meninggal dunia ketika dalam tidur di kediamannya di Sendayan, Negeri Sembilan.

    Tambah Nana lagi, persiapan tahun ini juga dilakukan secara sederhana memandangkan ibunya juga tidak sihat.

    “Awal Ramadan lalu, ibu saya dimasukkan ke wad disebabkan masalah diabetes. Jadi saya memang fokus menjaganya.

    “Persiapan kami sekeluarga pun sederhana sahaja. Walaupun ayah sudah tiada tapi kita yang masih bernyawa kena teruskan hidup,” ujarnya. – Agensi

    Bapa Nana meninggal dunia pada Julai tahun lalu. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lawatan Putera Mahkota Saudi ke Jepun ditangguh

    TOKYO, 20 MEI - Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke Jepun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatan bapanya, Raja Salman yang kurang...