Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi makin buruk, Eropah kenakan sekatan

    MADRID, 2 OKT – Penularan COVID-19 di Eropah bertambah buruk dengan pihak berkuasa Perancis memaklumkan Paris mungkin diletakkan dalam situasi kecemasan maksimum, manakala Sepanyol melanjutkan sekatan di seluruh Madrid.

    Setakat semalam, pandemik itu sudah meragut sekurang-kurangnya 1,019,267 nyawa di seluruh dunia dan menjangkiti lebih 34 juta, menurut kiraan AFP berdasarkan sumber rasmi.

    Pihak berkuasa Perancis berkata, Paris mungkin diletakkan dalam situasi kecemasan virus maksimum seawal Isnin depan, yang mungkin memaksa semua bar ditutup berikutan lonjakan kes.

    “Kita dalam fasa di mana situasi semakin buruk,” kata Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran.

    Sepanyol yang sedang berdepan gelombang kedua virus itu, melanjutkan langkah sekatan di seluruh ibu negaranya, walaupun dibantah keras pihak berkuasa tempatan Madrid, manakala kebanyakan kawasan lain bersetuju memperketat kawalan di kawasan yang menular pantas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda