Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SKBD buka tirai 25 Mac

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ketiga 2017 akan berlangsung selama lima hari bermula 25 hingga 29 Mac ini, kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Perkara itu antara yang ditegaskan oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Zafri Haji Mohamed di dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen yang bakal terlibat di dalam temasya sukan tersebut.

    Menghadiri mesyuarat yang berlangsung di Bilik Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas adalah ketua-ketua kontinjen, perwakilan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh pertubuhan masing-masing dalam temasya sukan kebangsaan kali ini.

    Antara agenda mesyuarat adalah mendengarkan persediaan dan persiapan kesemua peserta melalui ketua serta perwakilan masing-masing.

    Ketua-ketua kontinjen, perwakilan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika menghadiri mesyuarat bagi melaporkan dan mendengar persediaan serta persiapan kesemua peserta yang menyertai temasya sukan itu.
    Ketua-ketua kontinjen, perwakilan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika menghadiri mesyuarat bagi melaporkan dan mendengar persediaan serta persiapan kesemua peserta yang menyertai temasya sukan itu.

    Antara kontinjen yang akan menyertai SKBD tahun ini adalah Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Institusi Pengajian Tinggi (UBD, UTB, UNISSA, Politeknik, KUPU SB, IGS, Cosmopolitan, Micronet dan Kolej Laksamana), Gabungan Syarikat Telekomunikasi (AITI, TelBru, DST dan PCSB), Sekolah Sukan Brunei Darussalam, Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan Persatuan Bank-bank Brunei Darussalam.

    Sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan pada kejohanan kali ini, antaranya Sukan Badminton, Bola Jaring, Futsal, Lumba Basikal, Lumba Perahu, Olahraga, Sepak Takraw dan Tarik Kalat.

    Menurut kenyataan penganjur SKBD, kejohanan peringkat kebangsaan tersebut bertujuan untuk memajukan tahap dan prestasi ahli sukan di negara ini, bagi menjadikan mereka sebagai barisan atlet yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan dunia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda