Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Syarikat GL Extra Enterprise selaku pengedar tunggal kasut jenama Skechers di Brunei Darussalam memaklumkan bahawa bermula hari ini hingga 21 Januari 2023, Skechers Brunei memberikan diskaun yang ditetapkan.
Sepanjang promosi berkenaan, ahli-ahli Skechers akan berpeluang mendapatkan diskaun bagi setiap pembelian kasut, selipar, seluar, baju dan banyak lagi.
Skechers Brunei mempunyai seramai 20,000 orang ahli, di mana pelanggan yang membeli kasut jenama berkenaan secara tidak langsung akan menjadi ahli dengan setiap pembelian mengikut jumlah harga yang ditetapkan dalam satu resit.
Sempena tawaran promosi diskaun untuk ahli itu, Skechers Brunei juga menerima kupon daripada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) bagi musim kembali ke sekolah.
Skechers merupakan jenama global dalam rangkaian koleksi sukan dan gaya hidup yang cukup terkenal.
Daripada koleksi Slip In Go-Walk 6, Skechers Go Walk Massage Fit, Pokemon, MineCraft dan banyak lagi, semuanya diminati ramai dan memiliki peminat tersendiri.
Koleksi terkini adalah Skechers Go Walk Massage Fit, yang mempunyai teknologi pengurutan ketika berjalan dengan mengguna kusyen Hyper Burst yang menampilkan bahagian gelombang yang lebih teguh di tengah tapak luar memberikan pengalaman berjalan yang tiada tandingan.
Kasut berkenaan mampu memberikan keselesaan pada kaki pengguna yang mempunyai masalah ketika berjalan.
Tidak hanya itu, Skechers turut mempunyai busana khas untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi, menjadikan Skechers Brunei bagaikan satu pusat sehenti bagi peminat sukan daripada sukan sederhana hingga sukan lasak.




