Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Skrip Banglo Seksyen 12 dirombak tiga kali

    Penantian tiga tahun melihat filem sulung, Banglo Seksyen 12 ditayangkan di pawagam berakhir selepas karya bergenre seram itu mula menemui penggemar filem sejak 25 Januari lalu.

    Julung kali menerbitkan filem di bawah rumah produksi miliknya iaitu Prisma Pictures Sdn Bhd, pelakon Intan Ladyana mengakui banyak cabaran terpaksa dilalui sebelum filem berjaya disiapkan sepenuhnya.

    Disebabkan kekangan tidak dapat dielakkan, Intan yang juga bertindak sebagai pengarah bersama rakan, Dharma Nasution memaklumkan mereka terpaksa membuat perubahan terhadap filem adaptasi daripada novel popular itu.

    “Penggambaran filem ini dibuat ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua. Selepas penggambaran dibuat separuh jalan, tiba-tiba kerajaan umumkan PKP.

    “Saya memang panik, maklumlah kali pertama terbitkan filem. Bagaimanapun selepas sebulan berehat, barulah penggambaran disambung semula.

    “Saya risau sebab ada pelakon dan kru produksi terbabit dengan job lain. Tak dinafikan agak terkejar-kejar kerana saya buat tiga tugas sekali gus termasuk berlakon.

    “Mujur untuk pengarahan, saya hanya buat 30 peratus sahaja, manakala selebihnya diuruskan Dharma. Alhamdulillah, penggambaran akhirnya berjalan lancar dan seterusnya dapat ditayangkan, tahun ini,” katanya kepada BH Online.

    Intan berkata, banyak babak terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan situasi semasa memandangkan penggambaran dibuat dalam keadaan terhad kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    “Sepatutnya ada babak membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam filem ini, namun disebabkan keterbatasan dihadapi, kami menggantikannya dengan babak lain.

    “Skrip juga terpaksa dirombak tiga kali sebelum kami berpuas hati dan mendapat persetujuan penulis asal novel, Hasrudi Jawawi,” katanya. – Agensi

    Intan berkongsi, banyak babak terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan situasi semasa memandangkan penggambaran perlu mengikut SOP ditetapkan FINAS ketika fasa PKP. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...