Sunday, April 14, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Tentera Israel menyamar jadi doktor, jururawat bunuh tiga rakyat Palestin

    JENIN, 31 JAN – Pasukan khas Israel yang menyamar sebagai orang awam, doktor dan jururawat membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin, kelmarin.

    Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan adik beradik Mohammad dan Basil Ayman Al-Ghazawi serta Mohammad Walid Jalamna, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi.

    Ketika kejadian Basil sedang menerima rawatan di kemudahan berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya sejak 25 Oktober 2023.

    Sementara itu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila menggesa Perhimpunan Agung PBB, institusi antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menamatkan siri jenayah harian yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap rakyat Palestin dan pusat kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

    Menteri itu turut menggesa agar pusat perubatan dan kru ambulans diberi perlindungan sewajarnya daripada serangan tentera rejim.

    Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata undang-undang antarabangsa menyediakan perlindungan umum dan khusus untuk tempat-tempat awam, termasuk hospital selaras Konvensyen Geneva Keempat dan Protokol Tambahan Pertama dan Kedua kepada Konvensyen Geneva 1977 dan The Hague 1954. – Bernama

    Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...