Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad badminton Malaysia mungkin dirombak

    KUALA LUMPUR, 26 FEB – Prestasi pemain badminton Malaysia akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum senarai akhir pemain diputuskan bagi menghadapi Piala Sudirman, Mei ini.

    Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann tidak menolak kemungkinan beliau akan melakukan rombakan kepada skuad yang diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

    Pemenang pingat emas tiga kali Sukan Komanwel itu menjelaskan semua pemain akan diberi peluang sama rata tanpa mengira status mereka, bagi memastikan pemain yang benar-benar layak berada dalam pasukan kebangsaan.

    “Memang bagus untuk naik ke ranking keempat dunia sekarang tetapi lebih penting untuk kami bersedia dari sekarang memandangkan kami telah meraih pengalaman bagaimana untuk menghadapi Piala Sudirman.

    Secara kasarnya pasukan sudah ada tetapi mungkin akan ada beberapa perubahan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

    Beliau yang berpendapat pasukan Malaysia belum benar-benar mantap untuk berada dalam ranking empat teratas dunia, berkata banyak perkara yang perlu diteliti semula dan ditambah baik berdasarkan aksi di BAMTC.

    Ditanya sama ada perseorangan lelaki Ng Tze Yong akan beraksi pada Piala Sudirman, Choong Hann berkata pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu perlu sentiasa bersedia dan memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk membantu pasukan di kejohanan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda