Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Skuad Malaysia kekal waspada dalam Piala Sudirman

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann mahu skuad negara kekal berwaspada dengan ancaman pasukan lain walaupun berjaya mengelak daripada bertemu gergasi badminton di peringkat kumpulan pada saingan Piala Sudirman Mei ini.

    Choong Han berkata ini berikutan skuad negara kini berada di kedudukan keempat dunia selepas naik satu anak tangga berdasarkan ranking dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sekali gus menempatkan mereka dalam balang 1 bersama juara 12 kali iaitu pasukan China, Jepun dan Indonesia.

    Pemenang pingat emas tiga kali di Sukan Komanwel itu bagaimanapun tetap mengakui ia satu perkembangan yang positif buat pasukan negara, namun menuntut anak buahnya menampilkan aksi bertenaga dalam kejohanan berprestij itu.

    Dalam pada itu, Choong Hann berpendapat kekalahan skuad negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lepas tidak boleh dijadikan penanda aras sebenar memandangkan pemain-pemain masih belum mempamerkan aksi yang sebenar dalam gelanggang perlawanan.

    “Memang kita risau bila kita tidak berjaya menampilkan aksi yang terbaik.

    “Namun adalah penting untuk kita tidak terlalu memberi tekanan yang melampau kepada pemain kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik.”

    Pada edisi lepas di Vantaa, Finland, perjalanan skuad badminton negara terhenti setakat peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun.

    Piala Sudirman 2023 akan berlangsung di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini. – Bernama

    Wong Choong Hann semasa ditemu bual oleh media mengenai Piala Sudirman akan datang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...